Wednesday, 30 March 2011

jangan mencari yang terlalu sempurna


jika kamu memancing ikan. setelah ikan itu terlekat di mata kail. hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
begitu juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. setelah dia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

jika kamu manadah air biarlah berpada. jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu memulihkannya. akhirnya air itu dibuang. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.
begitu juga jika kamu memiliki seseorang. TERIMALAH seadanya. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya terlalu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, mungkin hubungan kamu akan kekal ke akhirnya.

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan dan berkhasiat. mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. terlalu ingin mengejar kelazatan. kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. kamu pasti menyesal.
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insanyang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU. mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan. kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. kamu juga yang akan MENYESAL.