Saturday 26 November 2011

.::Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijriah::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar
atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku
 menggoda anak Adam pada setahun ini
 dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
 doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Berikut adalah Doa Akhir Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada 

godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya
daripada fitnah Syaitan".
Berikut adalah Doa Awal Tahun


Semoga ALLAH memelihara kita sepanjang
 tahun tahun baru ini dan mengampunkan segala 
dosa kita di sepanjang tahun lepas. 
Bersama tingkatkan amalan kita pada tahun ini 
dengan keazaman yang baru dengan menjadikan
 diri kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
 Sebagaimana kalam Saidina Ali R.A : "Celakalah barangsiapa
 yang hari ini lebih teruk dari semalam, sia-sialah 
barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam
 dan beruntunglah barangsiapa yang 
hari ini lebih baik dari semalam".
 Renung-renungkan dan selamat
 menyambut tahun baru ISLAM 1433 Hijriah.

Monday 21 November 2011

menghalang drpd ujian besar ALLAH

·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙DUHAI SAHABAT ·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙*


Mari Kita Amalkan.
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- SURAH AL-FATIHAH dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- SURAH YAASIN dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- SURAH DUKHAN dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- SURAH AL-WAQIAH dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- SURAH AL-MULK dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- SURAH AL-KAUTSAR dapat merelaikan segala perbalahan.
7- SURAH AL-KAFIRUN dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- SURAH AL-IKHLAS dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- SURAH AL-FALAQ dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10-SURAH AN-NAS dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

*SHARING is CARING ? ;)


·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙