Tuesday 5 April 2011

Nape lelaki terlalu ego ek????

Ego Seorang Lelaki


Aku tahu dan aku akui bahawa perihal lelaki ego sememangnya dah lama dan dah lapuk. Bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ha? Lelaki. Okey bila sebut "ego" je mesti dalam kepala kau muncul wajah-wajah lelaki kan? Tak aci betul. Tapi, lelaki dan ego sememangnya tak dapat dipisahkan lagi. Ini memang dah jadi eset kepada kami sebagai lelaki okey. Kejap-kejap, siapa yang panggil lelaki ego? Ehem aku rasa tak lain dan tak bukan, perempuan (yang lebih ego lah kan?, lalalala).

Tapi sebelum nak baca tu (kalau nak bacalah kan), baca Bismillah dulu. Serious ni, lebih afdal, tak gitu? Dan sebelum terlupa, yelah aku ni pelupa kut, aku nak ucapkan terima kasih kepada tiga orang perempuan yang penting dalam menghasilkan entri ini. Miss FH [link] dan Miss Nuruashia [link] yang mencetuskan idea ini. Eh tadi kau kate tiga Ide, mane lagi sorang? Lagi sorang mak aku lah, sape lagi. Takde die, tak terhasil entri ni bai. Kan? Saya sayang mak saya.

Credit kepada blog Reverse Psychology.
Click HERE to go to the main post.

  1. Okeylah, aku rasa ada satu situasi yang aku cuba nak ceritakan kat sini. Kau (perempuan) tak boleh kata yang lelaki itu ego ya, kalau sedang kau atau kawan-kawan sekaum kau tengah berjalan lepas tu bertembung dengan seorang lelaki. Malangnya kau sebagai perempuan kaulah yang kena mengalah dan ketepi sikit untuk bagi lelaki tu jalan dahulu. Maka dalam situasi ini, ego kah lelaki itu? Kerana tak amalkan konsep "ladies first"? Egokah? Tidakkan? Lagipun kalau ikutkan kau (perempuan) kan kecil (HAHA), maka memang patutlah kau yang ketepi sikit dalam situasi ini. Betul atau tidak? Perempuan memang "kecik" je, nasib baiklah comel, kut (kadang-kadang). Perasan lah tu.

  2. Situasi yang kedua, okey yang situasi ni lebih random aku rasa. Dalam satu majlis suka-suki. Ada masa, bila mana salah seorang daripada manusia yang attend that event membuat kelakar. Dan like always, semua akan gelak. Ada yang gelak kuat sampai tahap nak kaki je aku rasa (eh apsal macam aku pun ada dalam majlis tu) dan ada yang gelak sikit je (which looks so cute) dan selalunya yang gelak sikit je tu adalah perempuan. Tapi kalau korang perasan dan pernah alami situasi ni, perasan tak korang kadang-kadang tu, ada je (mesti ada ah) sesetengah lelaki yang langsung tak ada respon. Dan dalam hati korang, mesti korang cakap "eh bajet betul mamat ni, langsung tak gelak? ego sungguh!". Tak. Tak kau salah. Lelaki tu bukan ego, dia matured lah. Woah! It's true.

  3. Yang ketiga, satu situasi bila mana kau (perempuan) tengah duduk lepak-lepak membincangkan hal dunia a.k.a mengumpat. Haha. Opss gurau je. Tak kisahlah eh? Lepas tu ada la lelaki ni. Dia lalu depan korang-korang ni semua. Lepas tu korang pun senyum pada dia, macam kerang busuk. But unfortunately, si lelaki itu langsung tak senyum semula. (Padan muka kau). Malahan dia buat muka tak perasan pun. Lepas tu muka korang-korang (perempuan) pun jadi merah. And finally, topik perbincangan korang akan berubah dari kisah "lecturer suka up diri sendiri" kepada kisah "woi ego gila jantan tu, bajet hot je kan?". Kejap-kejap, tadi apsal kau senyum? Nak beri sedekah kan? Anggap jelah lelaki tu tak terima sedekah kau, kan senang camtu.
   

Dan conclusion?
Ego sebenarnya adalah satu perasaan yang melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Which means, seseorang itu rasa dia lebih bagus dari orang lain. Selalu nak menang. Tak kisah la dari aspek pelajaran ke, percintaan ke, pendapat ke, pengalaman ke dan banyak lagilah. Tak dinafikan memang kami sebagai lelaki, perasaan ego kami agak tinggi lah jugak. But actually, perempuan pun sama je. Cuma egonya perempuan boleh tumpas ditangan lelaki.

Tapi, jangan risaulah, ego kami sebagai lelaki ni tak kemanalah. Kerana? "Wehh dah tu kalau kitorang ego sangat, nanti nak kawin dengan sape dowh? Kerbau? Pokok? Atau mesin atm? Memang tak lah kan. Diorang bukan sepadan dengan kitorang pun, korang (perempuan) jugak yang kitorang cari nanti. Pondan? Maknyah? Mintak simpanglah!   

Sekian terima kasih, ditulis dengan penuh rasa ego oleh seorang lelaki yang memang ego. Tapi egonya dahulu pernah diserahkan kepada seorang manusia. Yang bergelar wanita. Yang sangat istimewa.

Hint : Jangan risaulah, ego lelaki tu senang je sebenarnya nak diruntuhkan dan dileburkan. Dengan syarat, cara mesti betul, timing jangan lari, dan hati kenalah ikhlas.=)

No comments:

Post a Comment